Lagenda Patani yang paling menjadi sebutan adalah Raja Pelangi iaitu
kerabat Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning. Kerap kali
lagenda ini dikisahkan dalam cerita lisan dan penglipur lara masyarakat
di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Tanah Melayu. Mereka dikenali
sebagai Raja Pelangi kerana nama-nama mereka diberi berdasarkan kepada
warna-warna pelangi dan itu juga melambangkan mereka adalah Raja
Perempuan yang pernah wujud dalam Sejarah Tamadun Melayu.
Persoalannya, siapakah mereka? Apa keturunan mereka?
Raja Pelangi
Berikut disenaraikan kerabat Raja Pelangi:
Raja Hijau (1584-1616)
Raja Biru (1616-1624)
Raja Ungu (1624-1635)
Raja Kuning (1635-1649).
[Raja Hijau]
Raja Hijau adalah seorang Ratu Melayu Patani yang memerintah dari
1584-1616. Baginda adalah anak perempuan sulung Sultan Mansur Shah of Pattani (1564–1572)(). Berdasarkan rekod Portugis yang direkod oleh
Mendez Pinto, baginda menaiki takhta pada 1584 sebagai seorang adik
perempuan pada Raja Patani yang telah dibunuh selepas dua puluh tahun
pemerintahan yang tidak stabil. Baginda juga dikenali sebgai Ratu Hebat
Patani. Pada tahun 1604, Jacob van Neck melaporkan Patani sebagai sebuah
negara yang secara umumnya adalah sebuah negeri yang aman dan kaya di
bawah Ratu Hijau. Laporan Van Neck juga menyebut bahawa Ratu Hijau
seorang yang pandai berdiplomasi dengan para saudagar. Ketika itu Patani
terkenal sebagai sebuah negeri perdagangan yang maju dengan Bahasa
Melayu sebagai Lingua Franca. Kebanyakkan saudagar dikatakan saudagar
Cina. Baginda telah digantikan oleh adik perempuannya iatu Raja Biru.
[Raja Biru]
Raja Biru memerintah Patani (1616-1624), menggantikan kakaknya Ratu
Ijau. Dia adalah anak kedua dari tiga anak perempuan Sultan Mansur Shah
yang memerintah negaranya. Dia telah digantikan oleh adik perempuannya
Ratu Ungu. Sewaktu pemerintahan Raja Biru inilah Patani mencapai
mengecapi kegemilangannya yang agung.
Di bawah pemerintahan Raja Biru inilah, tiga buah meriam yang direkodkan
sebagai yang terbesar di Asia Tenggara telah dibina di bawah selian Tok
Kayan, seoarang Cina Muslim. Meriam tersebut adalah Sri Patani dan Sri
Nagara.
Lapan tahun memerintah, lalu bagina telah mangkat dan digantikan oleh Ratu Ungu, adiknya pada 1624.
[Raja Ungu]
Raja Ungu menaiki takhta Patani menggantikan kakaknya yang mangkat pada
1624, memerintah selama 11 tahun dan mangkat pada 1635. Beliau adalah
puteri terakhir kepada Sultan Mansur Syah. Ratu ungu ini sebenarnya
puteri Patani yang dikahwinkan dengan Sultan Pahang iaitu Sultan Abdul
Ghafur lebih kurang pada tahun 1612. Perkahwinan ini adalah satu usaha
Patani untuk membina hubungan pertalian darah dengan Empayar
Johor-Pahang-Riau-Lingga. Hasil dari perkahwinan ini lahirlah Raja
Kuning.
Sewaktu era Raja Ungu, Patani pernah terlibat perang secara
besar-besaran dengan Siam bermula dengan satu serangan dari Patani ke
atas Ligor bagi membebaskan daerah itu dari cengkaman Siam pada tahun
1631. Dalam serangan itu, Patani berjaya menawan dua kapal Siam bersama
dengan dua orang Belanda. Siam dapat merebut kembali kapal mereka, namun
orang Belanda itu tidak dijumpai. Hal ini membuatkan Belanda
menyebelahi Siam dalam peperangan dengan Patani.
Pada Mei 1634, berlaku satu peperangan yang mencatatkan rekod sebagai
peperangan terbesar antara Siam dengan Patani dengan bala tentera Siam
berjumlah 60,000 orang. Angkatan tentera Siam ini telah dikalahkan oleh
Patani yang mendapat bantuan daripada Portugis. Setahun selepas itu,
beliau telah mangkat dan digantikan oleh anaknya, Raja Kuning pada 1635.
[Raja Kuning]
Raja Kuning adalah anak kepada Raja Ungu dengan Sultan Abdul Ghafur
iaitu Sultan Pahang. Beliau dilahirkan lebih kurang pada tahun 1613.
Beliau menaiki takhta menggantikan bondanya yang mangkat pada 1635.
Patani ketika itu mempunyai 43 jajahan, termasuk Terengganu. Setelah
Raja Kuning berkahwin dengan putera Sultan Johor, maka Terengganu
diperintah oleh wakil Sultan Johor. Patani berada di bawah pemerintahan
Raja Kuning selama 14 tahun. Baginda mangkat pada tahun 1649. Sebahagian
catatan lain pula menyatakan bahawa Raja Kuning mangkat pada tahun 1688
pada usia 75 tahun tanpa meninggalkan pewaris tahta yang sah.
PENUTUP
Menurut satu pendapat lain, raja-raja perempuan yang memerintah Patani
ini merupakan raja adat sahaja. Ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa
penuh, bahkan mereka juga tidak dibenarkan memasuki ke beberapa tempat
di dalam istana. Ini kerana, Sultan Patani yang sebenar ialah dari
keturunan Sultan Qunbul atau Sayyid Ali Nurul Alam.
Tetapi kesepakatan telah dicapai, di mana keturunan Raja Sriwijaya yang
sah masih lagi dapat memerintah bersama-sama raja-raja dari golongan
ulama berketurunan Sultan Qunbul dan keturunan Tok Raja Fiqih al-Abbasi.
Kesepakatan yang dibuat itu adalah disebabkan beberapa faktor serta
bagi memastikan peralihan tampuk pemerintahan berjalan dengan penuh
beradab. Di sini kita dapat melihat bahawa Patani itu telah mengamalkan
sistem pemerintah seperti yang diamalkan sekarang.
Seorang ‘raja besar’ dari salah satu 43 buah negeri tersebut, bertindak
seperti Yang DiPertuan Agong sekarang atau istilah sebenarnya Raja
TiRaja. Pusat pemerintahan Patani Besar pada mulanya di Kota Mahligai
telah berpindah ke Istana Kota Chabang Tiga di Patani.
No comments:
Post a Comment