Pengasas Srivijaya orang Kelantan ?



Dapunta Hyang Sri Jayanaga merupakan Maharaja Sriwijaya yang pertama yang mendirikan empayar tersebut. Nama asal Sri Jayanaga ialah Phabhasadharma.



Asal usul

Pada abad ke-7, Raja Tanah Merah (Kelantan) Prabhasadharma bergelar Sri Jayanaga telah mengasaskan empayar baharu. Baginda merupakan cicit kepada Raja Gautama. Baginda lebih terkenal dalam riwayat tradisi sebagai Raja Ahmad atau Tok Raja Jawa.

Baginda juga dikenali sebagai Maharaja Gegar Alam, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom, Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain. Ibu empayar Sriwijaya bernama Valai Penjuru. Pada 667 M, baginda telah menakluk seluruh Semenanjung termasuklah Kesultanan Kedah Pasai Ma dan membunuh Sultan Mudzafar Shah I. Baginda mengisytiharkan nama empayarnya sebagai Sriwijaya.
Sejarah

Pada 673 M, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri Maharaja Sri Wijaya atau Dapunta Hyang. Baginda telah berjaya menakluk Segenting Kra, Dvaravati (Thailand-Kemboja-Laos) dan Arimadana (Myanmar).

Pada 683 M (605 saka), baginda telah menakluk Sumatera Selatan melalui Kadaram dan ada tercatat di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit. Terdapat padanya bahawa baginda telah menyerang kawasan Palembang dengan 20,000 tentera. Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di Jambi dan menguasai seluruh Sumatera.

Setelah berjaya menakluk Malayu, Sri Maharaja Sri Wijaya telah menghantar berpuluh-puluh utusan kepada semua negara yang terdapat di Kepulauan dengan memberi kata dua iaitu bayar ufti atau perang. Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka bertarikh 686 M ialah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan pertama Sriwijaya ke atas Kalingga. Pada serangan kali ketiga ke atas Kalingga, Maharaja Sri Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura pada 692 M. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke Sumatera kerana kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.
Keluarga

Maharaja Sri Wijaya ini sering ditemani dua orang tokoh besar iaitu permaisuri baginda, Dewi Jayanaga bergelar Puteri Saadong I dan adinda baginda, Shakyakirti yang juga penasihat kerohanian baginda. Beliau mempunyai beberapa gelaran seperti Kasawsiddhi dan Awang Selamat. Shakyakirti tidak turut serta dalam Perang Muka Selat Madura kerana beliau telah pulang ke Valai Penjuru dan terus ke Khemra Hilir untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.

Baginda mempunyai dua orang putera iaitu;

1. Sri Dwipantra
2.Sri Dhiraja

2 comments:

  1. Replies
    1. Nmpk mcm mengarut..sbb tu pakar pun xpasti asal usul dapunta Hyang tu dari mana..teori ada 2 kemungkinan..dr Sumatra atau dr utara malaya..itu yg jd beliau mmg dikaitkan dgn pemimpin dr kerajaan utara Malaya..kbtln mana2 nama bsr dan pemimpin, sebagai seorg raja..dan agama pula dua2 Budha..klu tak mau mengarut, kenal pasti dlu minanga taman tu dimana sbb askar dapunta dtg dr situ.

      Delete